Greenpeace

Tuesday, January 5, 2010

Ni memang betul2 dah takde kerja..

Saje je nak post mende ni.maybe dah ramai baca kot..tapi boleh la..
Ni kira untuk cikgu2 atau bakal cikgu la..haha..selamat membaca..dan merapik pada hari ini..
Oh ya..takde kena mengena dengan politik..jangan salah faham..

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja?
Petang dan malam, awak doakan saya tak
selamatkah?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam,
cikgu!

Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat
oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini
meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab
dengan
cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar sini!

Murid-murid: Dengar situ!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru kamu tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!

Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh
sangat?

Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup belajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun
berdering. Murid-murid berasa lega
Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah
keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana
telah
dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi....

0 stalkers :