Greenpeace

Saturday, January 2, 2010

Azam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mulakan coretan ini dengan perasaan yang agak sedih dan hambar..insyaAllah saya akan berkongsi kemudian nanti. Lembaran baru dalam hidup kini bermula..Tahun baru selalu sinonim dengan azam baru. Apakah azam yang difikirkan? Banyak sekali di minda kecil ini..namun kalau sekadar berazam tapi tiada effort takde gunanya..InsyaAllah kita mulakan satu persatu..Harapan agar tahun ini bermula dengan baik dan semua berakhir dengan lebih baik..Apa pun semuanya terletak pada diri sendiri..

Tahun ini saya telah berpindah ke kediaman baru..Jauh dari rakan-rakan..Terasa seperti memulakan hidup yang baru.Alhamdulillah rumah ini selesa, tuan punya pun sangat peramah, kediaman dua bilik ini saya kongsi bersama seorang sahabat..semoga rumah ini selamat daripada segala ancaman anasir2 yang tidak baik..Amin..

Hati terasa agak berat untuk melangkah ke kampus tahun ini..seberat batuan gunung..tak tau la kenapa..Mungkin ada hikmah di sebalik perasaan ini..Mungkin kerana kejahilan dan kesilapan lampau..Ampunkanlah diriku Ya Allah..Berikan hidayah kepada hamba-Mu ini jadikan rahmatilah diriku dalam segala keadaan..

Tahun ini juga kumulakan seorang diri..teman di hati telah pergi..dan saya gembira melihat dia gembira..demi sayang dan cinta saya lepaskan dia..rahmatilah dia Ya Allah..semoga dia berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya..

Setakat ini saja dulu..mungkin kerna hati ini berat..tenangkan hatiku Ya Allah..Wassalam..

0 stalkers :